Monday, 17 December 2012

Petua Radang Mulut @ Ulser Teruk dan Pengharum Bau Peluh

 

Salam sayang buat pembaca yang sudi singgah di blog tak seberapa ni. Apa yang baik MakChaq suka kongsikan dengan orang, yang tak baik pon MakChaq akan bagitau untuk jadi sempadan. Insyaa Allah.

Radang Mulut @ Ulser

Bulan lepas sebelum Raya Haji, MakChaq menderita akibat radang mulut ni lah, rasa macam luka, panas dan pedih di kawasan tekak. Betapa peritnya bila nak makan terutama sekali asam pedas. Time cenggini memang hilang la selera makan. Banyak la teguk air masak sejuk.

MakChaq tak mau gi klinik (walaupon ada elaun perubatan..huhu), MakChaq pegi kedai jamu kat Pasar Borong Pandan tu beli Alang Sari. Alang Sari ni macam Adam Sari la, serbuk yang dibancuh dengan air sebagai penyejuk badan dan ubat sariawan / ulser mulut. Rasanya sedap macam air berkarbonat perisa oren. Panadol pon MakChaq telan hari-hari. Hampir empat hari tak ok jugak.

Hari Raya Haji pon tiba, MakChaq dah murung lah sebab tak boleh makan sesuka hati. Selepas operasi menyembelih lembu, anak MakChaq, Ashraf bawa balik sebatang tebu hitam, Ada pakcik kasi katanya. Anak MakChaq merengek mintak dipotong tebu tu dia nak makan dengan adiknya Aisyah. Apalagi, MakChaq layankan lah pemintaan kedua-dua permata hati MakChaq ni. MakChaq pon ngap satu , ngap dua…tiga dan lagi…dan lagi….sedap je MakChaq rasa, nyaman tekak MakChaq. Manis pulak tu.

tebu hitam redbubble_com                     *foto : redbubble.com

Petang raya haji, MakChaq makan lagi ketupat dengan kuah kacang. Rendang pon tak ketinggalan la. MakChaq makan selamba je…Eh! Dah tak sakit ea tekak MakChaq? Syukur Alhamdulillah. Smile Kuasa Allah. Terima kasih pada anak MakChaq dan juga lelaki yang MakChaq tak tau sapa yang bagi tebu hitam tu. Terus sembuh radang tekak MakChaq.

Kesimpulannya, sesapa yang sakit tekak dan lambat sembuh tu, sila lah cuba makan tebu hitam ni ye…bukan telan tau, kunyah2, sedut manisannya…hehehe..hampas tu buang lah. Kalau korang makan hampas tu jadi kompos pulak dalam perut..huhu..jangan salah kan Mak Chaq.

lagirl7

 

Pengharum Bau Peluh Dan Kulit Halus Bersih

Kat Malaysia ni kita boleh makan apa saja..dari sup, kari ,stew , laksa sampailah pizza. Cuaca di negera ni pon agak panas dan menyebabkan kita mudah berpeluh. Peluh tu baik untuk kesihatan sebab mengeluarkan bahan kumuh dari badan kita selain menyejukkan tubuh.

Tapi yang tak syoknya, kombinasi dari cuaca dan gaya pemakanan kita menyebabkan bau peluh tu  akan jadi masam…Hewww…diri sendiri pon pening nak bau…malu pon ada takut-takut orang tercium bau acem kita tu. Embarrassed smile

TEMU PAUH herbadantumbuhan_com

                          *foto : herbadantumbuhan.com

Kena rajinkan diri ke pasar cari temu / kunyit pauh (Curcuma mangga), rasanya seakan2 pelam kuinin. Temu pauh ni sekiranya diamalkan sebagai ulam secara konsisten akan menghilangkan bau badan sekaligus mengharumkan peluh yang keluar. Satu lagi keistimewaannya ialah dapat menghasilkan kulit yang bersih dan halus tau. Mesti kita orang perempuan ni suka. Winking smile Badan wangi kulit pon mulus.

Sesapa yang susah nak cari Temu Pauh ni boleh la jalan-jalan blog Encik Iskandar, www.tanamsendiri.com , beliau ni sifu pokok tau, benih yang beliau jual pon harganya sangat berpatutan serendah RM2 saja. Macam-macam jenis sayur / herba / bunga ada.

leaf

DRY CAT FOOD RECIPY

 

Untitled

Why I’m interested with DIY dry cat food? Sebab…..kat umah MakChaq tu banyak sangat kucing….7 ekor…campur yang datang menumpang makan lagi….ayam pon selalu nyebok makan gak….hish..hishhh….tak pe…bila kita bagi binatang2 ni makan, insya Allah depa ni doakan kita. Mudah nak masuk syurga nanti…tak pon terselamat dari api neraka. Mudah-mudahan lah ye.    

mashimaro38

RESEPI NYA IALAH:

3 cawan Tepung gandum penuh serat

2 cawan Tepung soya

1 cawan Biji gandum / beras kisar

1 cawan Jagung kisar kering

1 cawan Susu tepung

500 g Ikan kembung (lebih lagi bagus)

5 sudu besar Minyak sayur

1 sudu besar Minyak ikan hati kod

2 cawan Stok ikan / kerang

 

Cara-cara nyer:

1. Masukkan tepung gandum, tepung soya dan biji gandum kisar ke dalam mangkuk. Kacau sebati

2. Dalam mangkuk lain, masukkan ikan kembung dan hancurkan isi ikan kembung tersebut.

3. Masukkan minyak sayur, minyak hati ikan kod, stok ikan. Kacau rata sehingga sebati.

4. Campurkan kedua-dua bahan dan adun sebati.

5. Doh akan kelihatan berketul-ketul. Ketepikan sebentar.

6. Sapukan sedikit tepung pada papan untuk menguli. doh mestilah kelihatan padat, kering dan keras. Uli selama 1 minit. Jika suka warnakan doh anda.

7. Buatkan rol panjang selebar ¼ inci. potong kecil-kecil dengan ukuran ¼ inci.

8. Letakkan potongan tadi ke dalam dulang pembakar.

9. Keringkan selama 8-12 jam (= med-high)

10. Atau bakar selama 3 jam pada suhu 90 oC. ~ Masa memasak bergantung pada jenis oven

11. Kibble telah siap sekiranya hancur jika ditekan

12. Sejukkan dahulu sebelum dihidang.. Simpan dalam bekas. Untuk tahan lebih lama , simpan sejuk bekukan.

 

(Sumber DIY Drycat Food, YouTube)  mashimaro6

Mari Belajar Tentang Kucing

 

P3240111

Ramai sangat SUKA kucing!!
Tapi tak faham tentang kucing dan tingkahlaku kucing.
Apa itu kucing? Jom tengok apa kata Encik WIKI

Kucing domestik ialah Felis catus atau Felis silvestris catus (nama spesiesnya), yang sebelum ini dinamakan Felis domesticus yang merupakan :

1. Haiwan kecil

2. Biasanya berbulu

3. Haiwan ternakan 

4. Mamalia karnivor

Ia sering dipanggil housecat (kucing rumah) apabila disimpan sebagai haiwan kesayangan yang dibela di dalam, atau sekadar kucing biasa apabila tidak ada keperluan untuk membezakan dari yang lain felids dan felines. Kucing dinilai oleh manusia untuk persahabatan dan keupayaan untuk memburu kutu perosak dan isi rumah. Mereka aktif terutamanya pada waktu malam.

 bekytu13

P4100202
Kucing adalah sama dalam anatomi felids lain, dengan otot yang kuat, fizikal yang fleksibel, memiliki tindakan refleks pantas , kuku yang tajam, boleh disimpan kukunya, dan gigi disesuaikan untuk membunuh mangsa kecil. Sebagai pemangsa, kucing menggunakan pendengaran akut dan keupayaan mereka untuk melihat dan mencari mangsa dalam gelap. Kucing bukan saja boleh mendengar bunyi terlalu halus bagi pendengaran telinga manusia, mereka juga boleh mendengar bunyi-bunyi berfrekuensi lebih tinggi yang biasanya manusia tidak sedar ada bunyi tersebut. Haiwan yang biasanya menjadi mangsa kucing ialah rodensia seperti tikus yang membuat bunyi-bunyi frekuensi tinggi, dan dapat dikenalpasti oleh kucing yang memiliki kelebihan evolusi ini sejak dari dulu lagi. Kucing juga mempunyai deria bau lebih baik berbanding manusia.
Walaupun kucing biasanya memburu sendirian, ia adalah spesies yang sosial, dan komunikasi kucing termasuk penggunaan pelbagai kaedah : ~~~

1. Mengiau

2. Berdengkur

3.Mendesir

4. Bergetar

5.  Feromon

6. Bahasa badan kucing-khusus.


Kucing mempunyai kadar pembiakan pantas. Adakah anda sedar hakikat itu? Di bawah pembiakan terkawal, mereka boleh dibiakkan dan ditunjukkan sebagai haiwan kesayangan pedigri berdaftar, hobi yang dikenali sebagai kucing mewah. Kegagalan untuk mengawal pembiakan kucing dengan spaying dan pemandulan menyebabkan kesan wujudnya sebilangan besar kucing liar di seluruh dunia, dengan jumlah penduduk sehingga 60 juta haiwan ini di Amerika Syarikat sahaja, manakala di Jepun mereka ditangkap dan dilupuskan.

 P6240357
Kucing adalah haiwan kultus dari zaman Mesir kuno. Mereka dipercayai telah dijinakkan di sana, tetapi berkemungkin kejadian domestikasi adalah seawal zaman Neolitik. Satu kajian genetik pada tahun 2007 menunjukkan bahawa semua kucing rumah adalah keturunan dari lima kucing liar Afrika (Felis silvestris lybica) c. 8000 SM, di Timur Tengah. Kucing adalah haiwan peliharaan yang paling popular di dunia, kini dijumpai hampir di mana-mana sahaja di dunia.

P6230346

mashimaro5