Salam sayang buat pembaca yang sudi singgah di blog tak seberapa ni. Apa yang baik MakChaq suka kongsikan dengan orang, yang tak baik pon MakChaq akan bagitau untuk jadi sempadan. Insyaa Allah.
Radang Mulut @ Ulser
Bulan lepas sebelum Raya Haji, MakChaq menderita akibat radang mulut ni lah, rasa macam luka, panas dan pedih di kawasan tekak. Betapa peritnya bila nak makan terutama sekali asam pedas. Time cenggini memang hilang la selera makan. Banyak la teguk air masak sejuk.
MakChaq tak mau gi klinik (walaupon ada elaun perubatan..huhu), MakChaq pegi kedai jamu kat Pasar Borong Pandan tu beli Alang Sari. Alang Sari ni macam Adam Sari la, serbuk yang dibancuh dengan air sebagai penyejuk badan dan ubat sariawan / ulser mulut. Rasanya sedap macam air berkarbonat perisa oren. Panadol pon MakChaq telan hari-hari. Hampir empat hari tak ok jugak.
Hari Raya Haji pon tiba, MakChaq dah murung lah sebab tak boleh makan sesuka hati. Selepas operasi menyembelih lembu, anak MakChaq, Ashraf bawa balik sebatang tebu hitam, Ada pakcik kasi katanya. Anak MakChaq merengek mintak dipotong tebu tu dia nak makan dengan adiknya Aisyah. Apalagi, MakChaq layankan lah pemintaan kedua-dua permata hati MakChaq ni. MakChaq pon ngap satu , ngap dua…tiga dan lagi…dan lagi….sedap je MakChaq rasa, nyaman tekak MakChaq. Manis pulak tu.
Petang raya haji, MakChaq makan lagi ketupat dengan kuah kacang. Rendang pon tak ketinggalan la. MakChaq makan selamba je…Eh! Dah tak sakit ea tekak MakChaq? Syukur Alhamdulillah. Kuasa Allah. Terima kasih pada anak MakChaq dan juga lelaki yang MakChaq tak tau sapa yang bagi tebu hitam tu. Terus sembuh radang tekak MakChaq.
Kesimpulannya, sesapa yang sakit tekak dan lambat sembuh tu, sila lah cuba makan tebu hitam ni ye…bukan telan tau, kunyah2, sedut manisannya…hehehe..hampas tu buang lah. Kalau korang makan hampas tu jadi kompos pulak dalam perut..huhu..jangan salah kan Mak Chaq.
Pengharum Bau Peluh Dan Kulit Halus Bersih
Kat Malaysia ni kita boleh makan apa saja..dari sup, kari ,stew , laksa sampailah pizza. Cuaca di negera ni pon agak panas dan menyebabkan kita mudah berpeluh. Peluh tu baik untuk kesihatan sebab mengeluarkan bahan kumuh dari badan kita selain menyejukkan tubuh.
Tapi yang tak syoknya, kombinasi dari cuaca dan gaya pemakanan kita menyebabkan bau peluh tu akan jadi masam…Hewww…diri sendiri pon pening nak bau…malu pon ada takut-takut orang tercium bau acem kita tu.
*foto : herbadantumbuhan.com
Kena rajinkan diri ke pasar cari temu / kunyit pauh (Curcuma mangga), rasanya seakan2 pelam kuinin. Temu pauh ni sekiranya diamalkan sebagai ulam secara konsisten akan menghilangkan bau badan sekaligus mengharumkan peluh yang keluar. Satu lagi keistimewaannya ialah dapat menghasilkan kulit yang bersih dan halus tau. Mesti kita orang perempuan ni suka. Badan wangi kulit pon mulus.
Sesapa yang susah nak cari Temu Pauh ni boleh la jalan-jalan blog Encik Iskandar, www.tanamsendiri.com , beliau ni sifu pokok tau, benih yang beliau jual pon harganya sangat berpatutan serendah RM2 saja. Macam-macam jenis sayur / herba / bunga ada.