Monday, 17 December 2012

DRY CAT FOOD RECIPY

 

Untitled

Why I’m interested with DIY dry cat food? Sebab…..kat umah MakChaq tu banyak sangat kucing….7 ekor…campur yang datang menumpang makan lagi….ayam pon selalu nyebok makan gak….hish..hishhh….tak pe…bila kita bagi binatang2 ni makan, insya Allah depa ni doakan kita. Mudah nak masuk syurga nanti…tak pon terselamat dari api neraka. Mudah-mudahan lah ye.    

mashimaro38

RESEPI NYA IALAH:

3 cawan Tepung gandum penuh serat

2 cawan Tepung soya

1 cawan Biji gandum / beras kisar

1 cawan Jagung kisar kering

1 cawan Susu tepung

500 g Ikan kembung (lebih lagi bagus)

5 sudu besar Minyak sayur

1 sudu besar Minyak ikan hati kod

2 cawan Stok ikan / kerang

 

Cara-cara nyer:

1. Masukkan tepung gandum, tepung soya dan biji gandum kisar ke dalam mangkuk. Kacau sebati

2. Dalam mangkuk lain, masukkan ikan kembung dan hancurkan isi ikan kembung tersebut.

3. Masukkan minyak sayur, minyak hati ikan kod, stok ikan. Kacau rata sehingga sebati.

4. Campurkan kedua-dua bahan dan adun sebati.

5. Doh akan kelihatan berketul-ketul. Ketepikan sebentar.

6. Sapukan sedikit tepung pada papan untuk menguli. doh mestilah kelihatan padat, kering dan keras. Uli selama 1 minit. Jika suka warnakan doh anda.

7. Buatkan rol panjang selebar ¼ inci. potong kecil-kecil dengan ukuran ¼ inci.

8. Letakkan potongan tadi ke dalam dulang pembakar.

9. Keringkan selama 8-12 jam (= med-high)

10. Atau bakar selama 3 jam pada suhu 90 oC. ~ Masa memasak bergantung pada jenis oven

11. Kibble telah siap sekiranya hancur jika ditekan

12. Sejukkan dahulu sebelum dihidang.. Simpan dalam bekas. Untuk tahan lebih lama , simpan sejuk bekukan.

 

(Sumber DIY Drycat Food, YouTube)  mashimaro6

No comments:

Post a Comment