Thursday, 14 November 2013

Eve Love … My Passion


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

~ 5 minit expression phase ~
Tajuk memang superb! Heh! Memang superb pon hokey. Minat MC pada breast pump ni mula di Hospital Sultan Ismail JB selepas melahirkan Iman, baby ketiga ni. Iman kena tahan 5 hari sebab jaundice with G6PD deficiency. Mama dia ni dah leh kuar hari kedua walau pon czer. Ye lah mama-mama yang czer ni hari ketiga baru leh kuar wad biasanya…tu paling sekejap la….
Pada hemat hamba ni, susu hamba memang banyak berdasarkan pengalaman 2 orang anak yang lepas. So anak ketiga ni takkan la susu sikit kan. konfiden je…

Aku tengok ada sorang chinese mommy ni bawak sebotol penoh susu untuk diberi kepada anak dia yang lahir pramatang. Orangnya kecik dan rendah je…macam budak-budak remaja. Dalam hati aku takkan aku tak boleh perah macam dia kan…Aku try mermet. Picit-picit, tekan-tekan…kuar sikit je.Tapi Miss B aku memang bengkak dan sakit.. Baby Iman pula tido jerrr..sedih rasa. Doktor dan nurse cakap jaundice baby ni memang suka tido, jadi jangan biarkan dia tido. Kena bangunkan baby dengan cara usik ke geletek ke. Kalau baby tido camna nak minum susu. Kalau kurang minum susu lambat jaundice nak baik sebab kuning tu dikeluarkan melalui perkumuhan aka kencing dan berak.
Huhu…aku pon mula putus asa nak mermet, tapi aku tetap susukan baby…ajak baby bersembang. Usik-usik dia. Tapi baby layu je mata dia. Aku tak kira, aku sumbat gak mulut dia.

Botol EBM cap OK Baby dah dibeli. Tapi nak sampai 1oz pon susah. Aku ternampak mommy tu bawa breast pump elektrik. Oooo ni rahsia dia boleh dapat sebotol penuh susu badan. Pam jenama Medela, tapi tak pasti la FS ke Swing ke..tengok dari jauh je..aku tak terfikir nak beli pam sebab aku yakin boleh perah sendirik..but hampeh..

Bila dah kuar wad, berpantanglah aku kat rumah bersuka-ria dengan baby. Leka punya pasal, aku lupa patutnya aku simpan stok susu Iman sebab aku tak mau Iman minum susu lembu. Susu ibu lebih baik sebab Allah yang cipta. Susu formula manusia reka dan modified. Biarlah Iman membesar dengan susu mama macam abang dan kakak dia. Susu yang penoh kasih sayang serta pengorbanan.

BUT !!!! Aku lupa….kena simpan stok susu. EBM!!! Menjelajah la aku ke MYDIN cari pam. Bajet yang ada takat Pureen manual lepas la. Belek pyer belek, memang ada Pureen manual breast pum, tapi harga RM45++. Aku ternampak jenama OK Baby, macam memenuhi citarasa aku. Harga pon jauh lebih murah. RM18.90. Ok, I take it. Give it a try. Kalau tak ok pon tak sampai 20 hengget. So berkhidmat la OK Baby BP.

IMG_20131028_161101                         IMG_20131028_161249
~  Manual BP OK Baby with Autumz Ice Pack & Cooler Bag Smile  ~

Tak sampai sebulan aku guna.  Ambik masa 30 hingga 45 minit nak dapatkan 4oz. Sakit gak Miss B. Tukar-tukar posisi nak kuarkan susu. But still ok dari mermet.

Aku pon survey online, google pam elektrik. Target aku double BP. Alang-alang nak beli kan. Jumpa la yang menawan hati, Spectra Dew 300, Autumz and Eve Love Heavenly. Tanya pada seller BP ni mana lagi bagus antara Spectra Dew 300 ngan Eve Love (setelah dibandingkan rupa paras, mobiliti dan berat ) seller cakap Spectra Dew 300 bergantung pada sumber elektrik. So Eve Love menang la. 

Eve Love pon baru 300 gram ++. Boleh pakai bateri AA. Ok, keputusan dah dapat, survey harga + postage…jumpa yg murah. Sekali stok Eve Love diberhentikan sebab nak kuar model baru.
Menjajau gak cari seller yang masih simpan stok. Ada pon kena letak deposit. Argh…payah la. Aku takut aku gatai-gatai survey jumpa yang lagi murah dan ada free gift menawan hati, nyesal lak nanti. So bersabar lah aku menanti announcement dari Eve Love. Kata nya 4 Nov 2013 nak launching. Hampir tak tido malam aku nunggu kt laptop.

Akhirnya 2 Nov Eve Love Flexi launching. Aje ke gile aku tak tido wehhh…nanti aku print screen kan komen aku kat FB Eve Love. Dan petang Sabtu 2hb Nov tu jugak aku order dan do payment. Aku beli dari office Eve Love  originally.

Kenapa?

Sebab dapat free gift yang boleh pilih sendirik. Warmer Eve Love dan free postage. Winking smile  ngeeee Winking smile.
Ice pack aku dah ada, cooler bag pon dah ada…jadi aku perlukan warmer untuk memudahkan Mak Su Iman panaskan EBM dan memelihara komposisi nutrien EBM.
eve
~  Heh..Pukoi 4 pagi aku tak tidoq lagi sebab berangankan pam ni  ~

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
~ Kotak-kotak nye le  bergaya depan SM Brother~

Jadinya Eve Love Flexi ni dah menunaikan janjinya iaitu :
  • Pam tanpa menyakitkan Miss B
  • Penghasilan susu yang pantas (aku pam 4 hingga 5 minit sahaja utk dapatkan 10oz kalau Miss B dah bengkak)
  • Ringan
  • Mudah ditanggalkan dan dibasuh
  • Mudah dipasang
  • Semua part boleh steril kecuali motor (apa ke pekdah nya ko nak steril motor dia, rosak la)
  • Leh pakai bateri AA
  • Siap ada power bank!!!! (Aku suka! Aku suka! )
  • Power bank ada 2 LED torch light (boleh main suluh-suluh)
  • Ada muzik untuk menenangkan mommy
  • Free pumping bustier. (Ini aku tak suka sebab tak muat, Miss B ni bila menyusu dia ++ huhu, aku kena modify)
  • Rupanya sangat chumilllll ok. Pink! Love Pink!
  • Sedutan dia hampir aku tak rasa. Tapi susu keluar mencurah.
  • Kalau Miss B dah kosong, amik masa 20 ke 30 minit nak dapat 8oz (untuk dua belah Miss B).
  • Ada penutup corong (kalau nak rest leh tutup supaya lalat tak hinggap dan habuk tak melekat)
  • Yang penting ada skrin kecik untuk monitor masa pam dan kekuatan sedutan.
  • Ada memory function
  • Bunyi tak bising
Apa lagi ek? Yang penting aku leh pam di mana-mana. Aku cover pakai tudung je pam kat dalam keta sebab tak de surau kat sini. Berbekalkan power bank je. Boleh cas henpon dan kamera serta peranti yang perlukan 5V. Tapi risiko tanggung sendiri sebab power bank ni khas untuk BP Eve Love Flexi SAHAJA       
Red heart Red heart Red heart
Layankan gambar-gambar Eve Love Flexi berposing bersama Golden Mama’s Milk


~ 4 minit 2 saat expression session (abaikan karat di meja, aku keja kat site Smile with tongue out)~
~ to achieve this amount ~
~ Siap ada air milo chilled bersama ebm..hehe ~

~ tengokkk…ada toclet (*torch light) by double press power button ~

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
~ Breast shield , valve , membrane and tube ~

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
~ electric source ~

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
~ hasil pam semasa Miss B yang dah kosong , masa 30 minit~


Sekian arakian ceritera nya.   Computer