Thursday, 14 November 2013

Eve Love … My Passion


OLYMPUS DIGITAL CAMERA

~ 5 minit expression phase ~
Tajuk memang superb! Heh! Memang superb pon hokey. Minat MC pada breast pump ni mula di Hospital Sultan Ismail JB selepas melahirkan Iman, baby ketiga ni. Iman kena tahan 5 hari sebab jaundice with G6PD deficiency. Mama dia ni dah leh kuar hari kedua walau pon czer. Ye lah mama-mama yang czer ni hari ketiga baru leh kuar wad biasanya…tu paling sekejap la….
Pada hemat hamba ni, susu hamba memang banyak berdasarkan pengalaman 2 orang anak yang lepas. So anak ketiga ni takkan la susu sikit kan. konfiden je…

Aku tengok ada sorang chinese mommy ni bawak sebotol penoh susu untuk diberi kepada anak dia yang lahir pramatang. Orangnya kecik dan rendah je…macam budak-budak remaja. Dalam hati aku takkan aku tak boleh perah macam dia kan…Aku try mermet. Picit-picit, tekan-tekan…kuar sikit je.Tapi Miss B aku memang bengkak dan sakit.. Baby Iman pula tido jerrr..sedih rasa. Doktor dan nurse cakap jaundice baby ni memang suka tido, jadi jangan biarkan dia tido. Kena bangunkan baby dengan cara usik ke geletek ke. Kalau baby tido camna nak minum susu. Kalau kurang minum susu lambat jaundice nak baik sebab kuning tu dikeluarkan melalui perkumuhan aka kencing dan berak.
Huhu…aku pon mula putus asa nak mermet, tapi aku tetap susukan baby…ajak baby bersembang. Usik-usik dia. Tapi baby layu je mata dia. Aku tak kira, aku sumbat gak mulut dia.

Botol EBM cap OK Baby dah dibeli. Tapi nak sampai 1oz pon susah. Aku ternampak mommy tu bawa breast pump elektrik. Oooo ni rahsia dia boleh dapat sebotol penuh susu badan. Pam jenama Medela, tapi tak pasti la FS ke Swing ke..tengok dari jauh je..aku tak terfikir nak beli pam sebab aku yakin boleh perah sendirik..but hampeh..

Bila dah kuar wad, berpantanglah aku kat rumah bersuka-ria dengan baby. Leka punya pasal, aku lupa patutnya aku simpan stok susu Iman sebab aku tak mau Iman minum susu lembu. Susu ibu lebih baik sebab Allah yang cipta. Susu formula manusia reka dan modified. Biarlah Iman membesar dengan susu mama macam abang dan kakak dia. Susu yang penoh kasih sayang serta pengorbanan.

BUT !!!! Aku lupa….kena simpan stok susu. EBM!!! Menjelajah la aku ke MYDIN cari pam. Bajet yang ada takat Pureen manual lepas la. Belek pyer belek, memang ada Pureen manual breast pum, tapi harga RM45++. Aku ternampak jenama OK Baby, macam memenuhi citarasa aku. Harga pon jauh lebih murah. RM18.90. Ok, I take it. Give it a try. Kalau tak ok pon tak sampai 20 hengget. So berkhidmat la OK Baby BP.

IMG_20131028_161101                         IMG_20131028_161249
~  Manual BP OK Baby with Autumz Ice Pack & Cooler Bag Smile  ~

Tak sampai sebulan aku guna.  Ambik masa 30 hingga 45 minit nak dapatkan 4oz. Sakit gak Miss B. Tukar-tukar posisi nak kuarkan susu. But still ok dari mermet.

Aku pon survey online, google pam elektrik. Target aku double BP. Alang-alang nak beli kan. Jumpa la yang menawan hati, Spectra Dew 300, Autumz and Eve Love Heavenly. Tanya pada seller BP ni mana lagi bagus antara Spectra Dew 300 ngan Eve Love (setelah dibandingkan rupa paras, mobiliti dan berat ) seller cakap Spectra Dew 300 bergantung pada sumber elektrik. So Eve Love menang la. 

Eve Love pon baru 300 gram ++. Boleh pakai bateri AA. Ok, keputusan dah dapat, survey harga + postage…jumpa yg murah. Sekali stok Eve Love diberhentikan sebab nak kuar model baru.
Menjajau gak cari seller yang masih simpan stok. Ada pon kena letak deposit. Argh…payah la. Aku takut aku gatai-gatai survey jumpa yang lagi murah dan ada free gift menawan hati, nyesal lak nanti. So bersabar lah aku menanti announcement dari Eve Love. Kata nya 4 Nov 2013 nak launching. Hampir tak tido malam aku nunggu kt laptop.

Akhirnya 2 Nov Eve Love Flexi launching. Aje ke gile aku tak tido wehhh…nanti aku print screen kan komen aku kat FB Eve Love. Dan petang Sabtu 2hb Nov tu jugak aku order dan do payment. Aku beli dari office Eve Love  originally.

Kenapa?

Sebab dapat free gift yang boleh pilih sendirik. Warmer Eve Love dan free postage. Winking smile  ngeeee Winking smile.
Ice pack aku dah ada, cooler bag pon dah ada…jadi aku perlukan warmer untuk memudahkan Mak Su Iman panaskan EBM dan memelihara komposisi nutrien EBM.
eve
~  Heh..Pukoi 4 pagi aku tak tidoq lagi sebab berangankan pam ni  ~

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
~ Kotak-kotak nye le  bergaya depan SM Brother~

Jadinya Eve Love Flexi ni dah menunaikan janjinya iaitu :
  • Pam tanpa menyakitkan Miss B
  • Penghasilan susu yang pantas (aku pam 4 hingga 5 minit sahaja utk dapatkan 10oz kalau Miss B dah bengkak)
  • Ringan
  • Mudah ditanggalkan dan dibasuh
  • Mudah dipasang
  • Semua part boleh steril kecuali motor (apa ke pekdah nya ko nak steril motor dia, rosak la)
  • Leh pakai bateri AA
  • Siap ada power bank!!!! (Aku suka! Aku suka! )
  • Power bank ada 2 LED torch light (boleh main suluh-suluh)
  • Ada muzik untuk menenangkan mommy
  • Free pumping bustier. (Ini aku tak suka sebab tak muat, Miss B ni bila menyusu dia ++ huhu, aku kena modify)
  • Rupanya sangat chumilllll ok. Pink! Love Pink!
  • Sedutan dia hampir aku tak rasa. Tapi susu keluar mencurah.
  • Kalau Miss B dah kosong, amik masa 20 ke 30 minit nak dapat 8oz (untuk dua belah Miss B).
  • Ada penutup corong (kalau nak rest leh tutup supaya lalat tak hinggap dan habuk tak melekat)
  • Yang penting ada skrin kecik untuk monitor masa pam dan kekuatan sedutan.
  • Ada memory function
  • Bunyi tak bising
Apa lagi ek? Yang penting aku leh pam di mana-mana. Aku cover pakai tudung je pam kat dalam keta sebab tak de surau kat sini. Berbekalkan power bank je. Boleh cas henpon dan kamera serta peranti yang perlukan 5V. Tapi risiko tanggung sendiri sebab power bank ni khas untuk BP Eve Love Flexi SAHAJA       
Red heart Red heart Red heart
Layankan gambar-gambar Eve Love Flexi berposing bersama Golden Mama’s Milk


~ 4 minit 2 saat expression session (abaikan karat di meja, aku keja kat site Smile with tongue out)~
~ to achieve this amount ~
~ Siap ada air milo chilled bersama ebm..hehe ~

~ tengokkk…ada toclet (*torch light) by double press power button ~

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
~ Breast shield , valve , membrane and tube ~

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
~ electric source ~

OLYMPUS DIGITAL CAMERA
~ hasil pam semasa Miss B yang dah kosong , masa 30 minit~


Sekian arakian ceritera nya.   Computer

31 comments:

  1. assalam sis.. nk tanya.. ada backflow x? sbb sy dgr eve love yg lama ada backflow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam,

      Kadang2 ada backflow jugak, sebenarnya posisi botol yang senget pon menyebabkan backflow, so pastikan botol tegak ye yang. MC perasan ada gak titisan susu masuk kat tiub, MC akan tinggikan tiub supaya susu turun semula. Tiub dia panjang, tak pernah lagi masuk ke motor Eve Love, just kat hujung tiub yang sambung ke breast shield / corong je. Lepas pam , alirkan air ke dalam tiub dan kebas2 sikit. Lepas tu air dry. Gud luck ye..

      Delete
  2. salam MC.. nak tumpang share ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm,

      silakan la share..terima kasih sudi singgah ye .. :)

      Delete
  3. suction dia kuat x ? sbb skrg pkai specra 3.. tp sgt bulky n letrik je boleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam,nurul,
      Suction eve love flexi ni tak sekuat baby hisap...sbb sy rasa baby iman hisap lg kuat.
      Tapi cukup efisien utk keluarkn susu dlm masa yg singkat.td sy dpt 5 oz 6 minit pam sambil nyusu anak sebelah.

      Delete
  4. Bestnyaaaaaaa.... xsabar nk beli taun depan. Hehehe. Semangat nk bf taun dpn

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,
      nina cikgu tak suka buku :p

      due tahun depan ke? tahniah ye..kalau dekat MC boleh kasi nina try MC punya BP. test drive :)

      Delete
  5. boleh bagi detail tak beli kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abdul rahman,
      MC beli kt website eve love. www.evelove.com.my

      Delete
    2. Bole order dgn sy evelove flexi breastpum..whats app 0167706483

      Delete
  6. eheheh jatuh hati jugak lah nak beli utk baby ZA the 2nd raya tahun dpn :)

    ReplyDelete
  7. saya ada medela swing n baru je bli plk eve love neh. bila bndingkan keduanya...suction medela lebey kuat.isau lak saya kali xmemuaskan ati. skrg preggy 8bln. cemana nk yakin ngn produk neh???ble MC bg pndpt x?? sowi...saya guna email suami. nma saya moon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam mrs shazan,

      susah gak soalan tu, camna nak yakin...ntah la..berdasarkan pengalaman yg baru dekat 2 bulan guna ni ..alhamdulillah...mmg puas hati sgt...biasa pam dalam 5 ke 8 minit je sebelah utk dapat 4 ke 5oz.
      suction tak perlu kuat rasanya...just mcm baby hisap cik n je. but susu yg disedut keluar eve love flexi ni mmg byk...blh lembik habis cik n...huhu..maksudnya breast betol2 kosong la lps pam...wallahu'alam.

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. tumpang tanya...kalau part die rosak or hilangsenang tak nak carik? how about warranty

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      syahila, saya belom penah tanya lagi pasal spare part ni . jaminan setahun. lagi pon belom ada kerosakan lagi selama 3 bulan lebih ni..membran lembut tapi tahan lasak , boleh steril (rebus). yang perlu jaga2 connector ke tiub je la...kecik kan..takut termasuk dalam lubang singki. kena hati2 la.
      syahila boleh terus tanya dengan pihak evelove ye ttg spare part evelove flexi .

      Delete
  10. assalamualaikum,

    hai, nk tye la sbb rase mcm best nye awk dpt pump "5 ke 8 minit je sebelah utk dapat 4 ke 5oz" sy pump 30min, bru dpt 2.5 oz cmpur 2 2 belah...sikit kan,,,huhu, kenpa ye..sbb breastpump ke..


    ke sbb pemakanan sy, sy dpt byk tu, sbb selang 2jm sy pump sbb org kate pump lg kerap susu akn lg byk nnti, sy bru tgh nk kerapkn pump susu, slalu 3-4 jm selang bru pump.. tp bile pump 2jm selang, mcm susu tu tk penuhkn kn pon miss B kite utk pump yg strusnya,,,

    atau sy kene minum air byk2 or mkn mase selang 2jm tu,

    mohon shara idea...thanks ye... :)
    ++++++++++++++++++
    soalan ke2:
    sy punye pump agak leceh sbb byk part nk kene buka n bsuh, then takes time...dlm 6-7 part mcm tu tk termasuk botol, utk pump eve ni, brape part yg ade ye??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpang jwb ye admin..evelove ni.part dia sikit je nk kena basuh..pastu nk bg susu byk minum air masak sehari 3 liter..sy mkn kurma nabi..alhamdulillah baby dh 6 bulan fullly bf..sy jual pum evelove..whats app 0167706483..tq admin

      Delete
    2. salam,

      ya Allah..maaf la..dah lama tak jengok ke sini. terima kasih CIkgu Siti Hajar tolong jawabkan...betul apa yg cikgu cakap tu.

      Delete
    3. salam Adinda Zalina,

      mungkin gap masa mengepam terlalu singkat..dinasihatkan 3 jam sekali...sebab penghasilan susu akan lebih banyak dan cik n cukup rehat. cuba ye...maaf sangat baru dapat layan blog..bila dh blk lepak ngn si kecik memang berlayar lah. jangan marah ye.

      air kena minum banyak..makchaq suka minum air bersusu.. cicah biskut ke..makan tak banyak sgt. makanan sunnah mcm kurma, kismis, kacang badam cuba amalkan ea. lagi satu eksperimen yg makchaq buat dan mmg hasilnya cik n jadi bengkak susu dgn cepat amalkan extra virgin coconut oil ( minyak kelapa dara extra virgin) 2 sudu malam dan pagi. madu pon kena amalkan ye.

      Tentang part tu corong / breast shield , massager & valve yang kena basuh betul2 sebab susu ibu berminyak kan...yang lain bilas2 je . then rebus la..ke steril ke...tips mudah, subuh pam, simpan breast shield dalam peti ais lepas guna (jangan basuh dulu), bawa ke tempat kerja masuk dalam cooler bag bahagian yg di simpan ice brick / ice pack. so dah balik umah nanti malam baru basuh dan steril ye.

      eve love tgh promosi sekarang RM499 je..lengkap ngn power bank.& pump bustier (adeh...rasa rugi beli awal..huhu..) makchaq pon ada jual ni bila puas hati lps dekat 5 bulan guna...JOM contact makchaq @ 012 - 7350503 .blh whatsapp @ sms @ call...insyaa allah niat murni nak menyusukan anak akan Allah tolong . wallahualam

      Delete
  11. salam,sis :) selamat brkenalan..ingat nk follow blog sis..tp xjumpa plak nk click kt mane.mohon share ur testimonial ye :) tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,

      memang terlupa nak letak button follow...tak pe ...blh follow fb.jom! https://www.facebook.com/thohaa.hasana

      Delete
  12. nice sharing sis. baru 1st time tau pasal breast pump brand ni. comel je. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang comel Arinie ..gerenti berbaloi ;)

      Delete
  13. Storage bottles Eve Love yang ada penutup merah tu fit tak dengan Medela Freestyle?

    ReplyDelete
    Replies
    1. diyana,
      botol evelove tu botol saiz standard je.contoh mcm bumble bee & jingle jungle. bukan wide neck ye. :)

      Delete
  14. salam...saya nak tanye cmne nk on/off torch light kat power bank tu...huhu...tau2 dah idup cz ank sy pegang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam,
      Momy Darwisy Amani , nak on tekan 2 kali dengan cepat :) , nak off kan pon sama.

      Delete
  15. salam sis..mcam mana nk padam lampu kat powerank evelove ni ye

    ReplyDelete